Pada 24 Oktober 2017, Pusat Kegiatan Guru Kota telah melaksanakan Bengkel Pembinaan Portal Sekolah untuk GPB/GPICT sekolah ahli. Bengkel ini dilaksanakan bagi membolehkan pihak sekolah menyebarkan maklumat berkaitan aktiviti sekolah kepada murid, ibu bapa dan orang awam. 

Pada hari pertama; Peserta dibimbing ; -Membina blog/ portal asas -Import template -Membuat header -Membuat layout/ berasaskan kategori -Membuat posting Bengkel Pembinaan blog/portal sekolah akan disambung pada hari kedua berkaitan migrasi data, salin template dan editing skrip html, peta laman[sitemap] dan lain-lain.