Pertamanya keluarga sidang redaksi Buletin Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan lahirnya e-buletin KPM yang berwajah baharu selari dengan semangat Malaysia Baharu yang dijulang warga KPM kini.

Edisi ini merupakan sebuah edisi luar biasa kerana KPM baharu sahaja menerima seorang menteri dan timbalan menteria baharu yang begitu bersemangat untuk meningkatkan mutu pendidikan negara di mata dunia.

Pihak kami memilih Yang berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik sebagai penghias muka buletin kerana beliau merupakan pengemudi kementerian yang banyak memikul tanggungjawab terhadap anak bangsa Malaysia.

Meskipun masih terlalu awal untuk menilai, YB Dr. Maszlee Malik membuktikan setiap cabaran yang dihadapi perlu dilalui dengan bijaksana serta tidak lupa untuk menumpukan usahausaha memperkasakan sistem pendidikan Malaysia.

Tugas dan tanggungjawab KPM sebagai kementerian terbesar dinegara ini tidak boleh dipandang remeh. Justeru itu, kami telah mengumpulkan segala usaha dan tenaga bagi menyalurkan maklumat terkini mengenai program dan aktiviti yang dijalankan.

Kami mengalu-alukan warga pembaca untuk memuat turun e-buletin KPM pada setiap bulan bermula Ogos 2018 di laman sesawang rasmi KPM, dan laman facebook rasmi KPM.

Semoga sumbangan dan usaha kecil kami ini dapat dimanfaatkan oleh warga pembaca dan sekaligus mencapai matlamat kami untuk menghebahkan maklumat kepada masyarakat.