Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk /Dato’/ Prof /Dr./Tuan /Puan,
 
BENGKEL KAEDAH PENGAJARAN MEMBACA UNTUK MURID DISLEKSIA
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.         Sukacita memaklumkan bahawa Pusat PERMATA Kurnia, Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengadakan bengkel merujuk kepada ketetapan berikut:
            Bengkel Kaedah Pengajaran Membaca Untuk Murid Disleksia
Tarikh             : 24 & 25 September 2018 (Isnin & Selasa)
Masa               : 8.00 pagi- 4.00 petang
 
Tempat           : Dewan Anugerah, Pusat PERMATA Kurnia, Sentul, Kuala Lumpur (GPS: 3.207168,101.689271)
            Penceramah   : Dr Ong Puay Hoon, Presiden Persatuan Disleksia Sarawak dan Pengasas Teknik Pengajaran Membaca Untuk Murid Disleksia
3.         Bengkel ini adalah anjuran Pusat PERMATA Kurnia, Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia dan penyertaan adalah dibuka kepada Pensyarah IPG, pegawai KPM, guru pendidikan khas, guru pemulihan, guru aliran perdana dan orang awam dengan jumlah penyertaan yang terhad seramai 100 peserta sahaja. Yuran penyertaan sebanyak RM 55.00 akan dikenakan bagi menyertai bengkel ini. Bagi mereka yang berminat dan sebarang maklumat lanjut boleh mendaftar melalui https://goo/gl/fQg2Gb atau berhubung terus dengan urusetia di nombor 03-4026 8200 dan ke alamat emel admin.kurnia@permata.jpm.my.
 
4.         Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk /Dato’/ Prof /Dr./Tuan /Puan, berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
“Berkhidmat Untuk Negara”
 
 
NOR FADZLIN BT HJ KAMARUDDIN
Unit Komunikasi Korporat
Bahagian PERMATA | Kementerian Pendidikan Malaysia
03-8880 5129 (T)    03-8880 5166 (F)   fadzlin@permata.jpm.my