Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

Dr Radzi buat pemantauan persiapan pembukaan sekolah. Lawat tujuh buah sekolah di Kelantan

MENTERI Kanan Pendidikan, Dr Radzi Md Jidin telah memulakan pemantauan persiapan pembukaan sekolah di beberapa buah sekolah di Kelantan.
Menerusi facebook Dr Radzi Jidin bertarikh 14 Jun 2020, beliau bersama team telah melawat tujuh buah sekolah iaitu SMK Padang Enggang, Kota Bharu; SMK Kadok; SMK Ketereh; SK Desa Pahlawan; SMK Selising, Pasir Puteh; SMK Bukit Jawa, Pasir Puteh dan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh.

"Hari ini saya memulakan pemantauan persiapan pembukaan sekolah. Program pemantauan ini amat penting bagi memastikan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh KPM dipraktikkan sebaik mungkin. Sekiranya ada ruang untuk ditambah baik, kami akan maklumkan kepada pihak sekolah.

"Saya mulakan pagi ini di SMK Padang Enggang, Kota Bharu, Kelantan dan akan sambung ke beberapa buah sekolah lagi sepanjang hari.

"InsyaAllah, kita sama-sama buat yang terbaik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan murid dan warga sekolah apabila sesi persekolahan dimulakan semula nanti," katanya seperti dipetik dari facebook beliau.

Dr Radzi bersama warga SMK Kadok.

Di SMK Ketereh.

Menteri Kanan Pendidikan ketika berada di SK Desa Pahlawan.

SMK Selising, Pasir Puteh.

SMK Bukit Jawa, Pasir Puteh.

g

Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh.

Sumber: Facebook Dr Radzi Md Jidin

Post a Comment

0 Comments