Petikan daripada FB Dr. Radzi Jidin, "Hari ini saya memulakan pemantauan persiapan pembukaan sekolah. Program pemantauan ini amat penting bagi memastikan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh KPM dipraktikkan sebaik mungkin. 

Sekiranya ada ruang untuk ditambah baik, kami akan maklumkan kepada pihak sekolah. Saya mulakan pagi ini di SMK Padang Enggang, Kota Bharu, Kelantan dan akan sambung ke beberapa buah sekolah lagi sepanjang hari. InsyaAllah, kita sama-sama buat yang terbaik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan murid dan warga sekolah apabila sesi persekolahan dimulakan semula nanti." 

Selain itu, Dr. Radzi turut mengadakan pemantauan di sekolah-sekolah seperti berikut: 
  1. SMK Kadok 
  2. SMK Ketereh 
  3. SK Desa Pahlawan 
  4. SMK Selising, Pasir Puteh 
  5. SMK Bukit Jawa, Pasir Puteh 
  6. Sekolah Menengah Sains, Pasir Puteh