Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada murid sekolah.Senario ini menjadi lebih membimbangkan disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah.

Keadaan ini menyebabkan murid sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini,Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui Program Sifar Sekolah Rendah atau ringkasnya PROSIDAR .